Tuesday 11 December 2012

DJ - Perkahwinan : Puchong Indah

----------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • PASANGAN : NUR IZWAN BIN RADWAN ♥ FARDAH BINTI KARON (ENCIK RADWAN BIN AHMAD & PUAN NORIZAN BINTI KHALIT)
  • LOKASI : PUCHONG INDAH, SELANGOR
  • TARIKH : 9hb DISEMBER 2012 (25 MUHARRAM 1434 H)
----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Okey, saya ingin bercerita tentang majlis yang saya kendalikan pada Ahad yang lepas. Seperti biasa, saya sentiasa teruja untuk mengendalikan sebarang majlis perkahwinan, lebih-lebih lagi jika adanya sesi jamming karaoke suka-suka. Majlis perkahwinan pada hari Ahad itu merupakan majlis persandingan anak buah kepada salah seorang ahli team saya pada hari tersebut. Ini maknanya, bukan orang lainlah kan... saudara-mara team saya sendiri pada hari itu. Tidak kira siapa pun orangnya, tugasan saya perlu dilakukan dengan sebaik-baiknya. Bagi mengelakkan kesesakan dan kelewatan, saya bertolak awal dan tanpa dijangka, van kepada team saya mengalami kerosakan pada hari tersebut. Mujurlah ada bantuan yang tiba dan saya tiba terlebih dahulu di lokasi majlis dan mengambil kesempatan untuk mendapatkan aturcara majlis daripada mempelai sendiri.

Saya terus menantikan ketibaan pasangan mempelai dan gelanggang karaoke suka-suka juga telah dibuka. Pada awalnya, sesi karaoke berjalan sedikit perlahan tetapi lama-kelamaan menjadi semakin gamat. Semua yang tampil menyanyi terdiri daripada kalangan saudara-mara dan masing-masing cukup ceria dan gembira dalam menghiburkan tetamu. Makanan yang dihidangkan juga cukup menyelerakan dan banyak juga hidangan yang disediakan adalah sumbangan daripada jiran tetangga. Jom layan sekejap gambar-gambar di bawah:
Antara sebahagian hantaran.
Antara hidangan-hidangan utama yang memang mantap!
Hidangan tapai pulut yang memang sedap... sumbangan Puan Azwa
Laksa yang terbaik... sumbangan Puan Norehan dari Terengganu

Hidangan-hidangan yang disediakan pada hari tersebut adalah:
  • Nasi minyak Wak Mael & Nasi putih
  • Ayam masak merah
  • Dalca sayur Mat Tojen
  • Daging dendeng
  • Acar timun
  • Sambal belacan & ulam-ulaman
  • Laksa sumbangan Puan Norehan dari Terengganu
  • Air laici & air mineral
  • Tembikai & limau
  • Bubur kacang, kerepek & tapai pulut sumbang Puan Azwa

Pasangan mempelai tiba sekitar jam 2 petang dengan disambut oleh dendangan lagu dari Rumah Anak Yatim Baitul-Hidayah, Batu 13, Puchong. Anak-anak yatim ini dijangkakan tiba lebih awal namun disebabkan kelewatan itu, maka anak-anak yatim ini terus mengiringi mempelai yang tiba dan majlis diteruskan dengan bacaan doa. Selesai sahaja bacaan doa, saya meneruskan majlis dengan upacara menepung-tawar. Tetapi, upaca menepung-tawar ini hanya dilakukan secara kecil-kecilan sahaja yang mana hanya terdiri daripada ahli keluarga sebelah pengantin perempuan yang datang jauh dari Sabah. Jom layan gambar-gambar di bawah dulu:
Antara hadirin yang tiba yang memeriahkan suasana.
Bacaan doa sedang dilakukan.
Mempelai sedang disandingkan.
Restu daripada ahli keluarga.
Upacara menepung-tawar oleh ahli keluarga terdekat sebelah pengantin perempuan.
Sabar menanti giliran untuk menepung-tawar.
Persembahan oleh anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Baitul-Hidayah, Batu 13, Puchong.
Memang berbakat adik-adik ini :)
Sungguh comel!

Selesai sahaja upacara menepung-tawar, saya mempersilakan mempelai untuk sesi makan beradab dan sesi jamming karaoke suka-suka juga diteruskan. Pada ketika itu, suasana menjadi semakin meriah! Jom layan gambar-gambar di bawah sebagai bukti:

Upacara makan beradab.
Adik ini memang berani! :)
Pasangan duet yang takut menyanyi secara solo. Layan!
Mak dara dengan lagu dangdutnya.
Mak dara berduet dengan sepupunya.

Majlis kemudian diteruskan lagi dengan upacara memotong kek. Saya terus menanti upacara ini selesai kerana ada kejutan yang ingin dilakukan. Apabila selesai sahaja upacara memotong kek dan ketika Mak dara sedang berkaraoke, saya terus memainkan lagu Selamat Hari Lahir dan kek pasangan mempelai terus dibawa kepada beliau. Beliau kelihatan terharu ketika itu dan sememangnya ibu saudara-ibu saudara beliau sungguh sporting dan terus menyanyi. Saya terus terhibur dengan gelagat Tuan rumah yang sangat ceria. Kemudian, masa yang ditunggu-tunggu pun tiba apabila pasangan mempelai menyerahkan diri dengan tampil di tempat tugasan saya. Pada ketika itulah saya mengambil kesempatan mendera mempelai untuk berkaraoke. Tidak dinafikan, pengantin perempuan sedikit malu namun tetap sporting bersama suaminya. Saya mendera pengantin lelaki dengan menyuruhnya melafazkan kalimah cinta paling romantik di hadapan sanak-saudara dan kaum keluarga. Sememangnya gelagat sanak-saudara yang setia menanti di bawah khemah membuatkan pengantin lelaki berdebar! Meskipun malu-malu, pengantin lelaki tetap cool dan sporting dan saya pun menyerahkan cenderahati kepada pasangan mempelai. Saya pulang pada masa yang dijanjikan. Namun memandangkan ianya merupakan majlis saudara kepada salah seorang ahli team saya, maka beliau mengambil keputusan untuk bersurai sedikit lewat bagi memberi peluang Tuan rumah ber-karaoke. Suasana cukup ceria ketika saya meningglkan lokasi majlis dan saya sangat terhibur dengan telatah serta gelagat sanak-saudara dan ahli keluarga Tuan rumah hari ini. Terima kasih saya ucapkan! :)

Kek yang disediakan untuk mempelai.
Upacara memotong kek.
Senyum si isteri menyuapkan suaminya.
Giliran suami pula menyuapkan isterinya.
Mak dara menyanyi dengan diiringi tarian ibu saudara-ibu saudaranya!
Kejutan hari lahir buat Mak dara :)
Mak dara berduet bersama salah seorang sepupunya.
Wah, dapat ciuman gitu!
Wakil dari Sabah yang turut ber-karaoke!
Si bujang yang mencari calon isteri katanya.
Pasagan mempelai yang didera oleh saya :P
Wah, mempelai juga mendapat bunga!
Penyampaian cenderahati kepada pasangan mempelai.
Bergambar bersama mempelai... pengantin lelaki entah hilang ke mana~


Sekian dan wassallam~

No comments:

Post a Comment